Martabat orang yang bersembahyang

Menurut Al-Imam Al-Haafidz Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyyah dalam kitabnya "Al-Waabil As-Sayyib" secara ringkasnya :
Orang yang mengerjakan sembahyang itu ada 5 tingkatan (martabat), iaitu:
1.   Orang yang menzalimkan diri, melakukan sembahyang dalam serba kekurangan tentang wuduknya, waktu sembahyangnya, rukun dan sunat-sunatnya.
2.   Orang yang memelihara wuduk, waktu sembahyang, rukun dan sunat-sunatnya, akan tetapi sembahyangnya penuh dengan was-was (dipengaruhi oleh lintasan-lintasan hati yang diikuti).
3.   Orang yang memelihara wuduk, waktu sembahyang, rukun dan sunat-sunatnya, akan tetapi di dalam sembahyangnya penuh dengan pergelutan melawan atau menolak lintasan hati (was-was) yang diluar sembahyang.
4.   Orang yang dapat menyempurnakan segala hak sembahyang dan dapat menghadirkan hati untuk menyembah Allah.
5.   Orang yang dapat menyempurnakan segala hak sembahyang dan dapat menguasai hatinya serta meletakkannya dihadapan Allah di mana dia dapat memandang Allah dengan hatinya yang penuh dengan rasa cinta dan kebesaran Allah. Dia berdiri seakan-akan melihat Allah dengan mata kepalanya dan sedikit sekali didatangi was-was. Dalam keadaan demikian tersingkaplah hijab (dindingan) antaranya dengan Tuhannya (antara lain disebabkan dia dapat menolak kedatangan syaitan). Keutamaan dan kebesaran golongan ini adalah lebih besar daripada barang antara langit dan bumi.

Kedudukan golongan 1 : diseksa
Kedudukan golongan 2 : diperhitungkan
Kedudukan golongan 3 : dimaafkan
Kedudukan golongan 4 : dipahalai
Kedudukan golongan 5 : diperdekatkan kepada Allah

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran