Mengangkat Non-Muslim Sebagai Wakil Rakyat

Dalam sistem demokrasi, setiap warga yang cukup syarat layak mengundi. Tanpa mengira agama, rakyat mengundi calon yang mereka fikir sesuai dan layak sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen (MP). 

Suatu ketika dahulu, kedengaran ‘fatwa’ menyatakan haram bagi Muslim mengundi calon non-muslim. Kerana haram bagi Muslim menjadikan non-Muslim sebagai wali.

Namun sekarang ‘fatwa’ tersebut sudah tidak kedengaran lagi. Mungkin ‘fatwa’ tersebut wujud atau mungkin sekadar cakap-cakap sahaja.

 Walau bagaimanapun, persoalan ini sudah dibahaskan zaman silam lagi iaitu zaman khalifah Islam. Antaranya apa yang disebut oleh Imam Mawardi dalam karyanya al-Ahkam al-Sultaniyah. Beliau menyebut tentang perlantikan non-Muslim sebagai menteri.

 Dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda maksudnya: “Janganlah kamu meminta cahaya dengan api golongan musyrikin.” (Rujuk Tafsir Ibn Kathir, ayat 118 surah Ali Imran)

 Dalam mentafsirkan sabda ini, Hasan al-Basri r.h. menyatakan ia adalah seruan agar tidak bermesyuarat dengan golongan musyrik dalam urusan umat Islam. Tafsiran ini ada kebenarannya, namun realiti zaman sudah berubah. Maka perubahan zaman adakalanya menuntut perubahan hukum.

 Sistem kini tidaklah sama dengan sistem silam. Dalam demokrasi, kemenangan berdasarkan undi rakyat. Sesuatu rang undang-undang di Parlimen dibahaskan dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri juga perlu berbincang. 

Oleh itu, tidaklah menjadi satu kesalahan muslim untuk mengundi calon non-Muslim sebagai wakil dengan beberapa pertimbangan.

 Pertimbangan yang releven bagi Muslim mengundi calon non-Muslim sebagai wakil

  1. Non-Muslim tersebut bukanlah warga yang memusuhi Islam atau umat Islam secara terang.
  2. Beliau bertindak profesional dengan menjaga sensitiviti umat Islam dan masyarakat yang lain.
  3. Beliau tidak terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral pada sudut majoriti rakyat dan undang-undang negara.
  4. Beliau seorang yang adil dan menentang kezaliman kepada rakyat dan masyarakat.

 Kupasan dari Fiqah Berinteraksi dengan Non-Muslim

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran