Kisah Alqamah


Di dalam kitab al-Kaba’ir, karangan Syamsuddin al-Zahabiy ada dirakamkan sebuah cerita. Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang lelaki yang bernama Alqamah.

Pada suatu hari Alqamah sakit keras.  Keadaannya seolah-olah dia sudah nazak sehingga isterinya pun cemas melihatnya. Dalam keadaan bingung tidak tahu apa yang hendak dilakukan, akhirnya isterinya berpendapat lebih baik segera memberitahukannya kepada Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. yang mendapat khabar salah seorang sahabatnya sedang bertarung dengan maut, segera menyuruh Ammar, Bilal dan Suhaib untuk pergi melihatnya... Baca seterusnya


Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran