Ingat mati, jangan banyak ketawa...

Pada suatu ketika apabila Nabi mendatangi masjid untuk mendirikan solat, terlihat oleh beliau beberapa orang sahabat sedang gelak ketawa. Beliau lalu berkata: “Kalau kamu selalu mengingati maut, sudah tentu aku tidak akan mendapati kamu dalam keadaan demikian. Pada setiap masa kamu hidup, kamu mesti mengingati maut. Setiap waktu tanah perkuburan memekik mengatakan: “Aku ini merupakan semak samun. Aku ini dipenuhi dengan debu. Aku ini penuh dengan serangga.”

Apabila seseorang Mu’min dikebumikan di dalamnya, bumi berkata: “Aku ucapkan selamat datang kepadamu. Di antara manusia yang bertebaran dipermukaan muka bumi ini, engkaulah yang paling aku sukai. Baik sungguh hatimu kerana sudi memasuki aku. Sekarang lihatlah bagaimana aku menghiburkan hatimu.”

Kemudian bumi membesar seluas mata memandang. Sebuah pintu syurga terbuka di hadapannya. Melalui pintu inilah bau-bauan yang semerbak harumnya menyusupi lubang hidungnya.

Tetapi apabila seorang yang jahat dimasukkan ke dalamnya, bumi berkata: “Tidak ada kata alu-aluan untukmu. Sungguh malang nasibmu ini. Diantara manusia yang hidup di dunia, engkaulah yang paling aku benci. Sekarang lihatlah layananku terhadapmu.” Kemudian ia dihimpit oleh bumi sehingga tulang-tulang rusuknya tikam menikam. Sebanyak tujuh puluh ekor ular akan memagutnya sehingga hari kiamat. Ular-ular ini terlalu bisa sehingga kalau seekor sahaja menyemburkan bisanya dipermukaan bumi, sehelai rumputpun tidak akan tumbuh.

Kemudian Nabi berkata: “Kubur boleh merupakan syurga ataupun neraka” Sifat takut kepada Allah pasti terdapat pada tiap-tiap orang Islam yang benar-benar beriman. Sifat takut ini dapat diwujudkan dan dipupuk sehingga ia tumbuh dengan suburnya kalau kita dalam kehidupan ini sentiasa mengingati MATI.

 

Dari Kitab Fadhail

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran