Alhamdulillah, Majlis penutup Bulan Penghayatan Islam Surau SMM telah diadakan bersempena dengan sambutan Israk Mi'raj 1430H.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang hadir dan yang menghulurkan sumbangan untuk majlis tersebut.
Sebarang kekurangan mohon dimaafi dan kami mohon sebarang cadangan dan pendapat yang membina untuk program-program yang akan datang.
AJK Surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran