Sidang qariah yang dikasihi Allah, ... Sambung lagi perjalanan Isra’ Nabi s.a.w
Kemudian maka berjalan ia hingga sampai kepada Madinah BaitulMuqaddis maka masuk Nabi s.a.w pada pintu kanan hingga sampai kepada masjid, maka turun ia daripada Buraq. Maka mengambil Jibril akan Buraq menurun akan dia sampai kepada satu batu yang terhampir maka cucukkan dia dengan tangannya maka tebuk batu itu dengan ditambatnya akan Buraq.
Maka masuk Nabi s.a.w dan Jibril kedalam masjid daripada pintu yang cenderung matahari dan bulan.
Kemudian maka sembahyang Ia dan Jibril dua rakaat tahiyyatul masjid. Maka tatkala selesai keduanya tiada ada berhenti melainkan sedikit hingga dilihatnya akan manusia yang amat banyak penuh masjid maka mengenal Nabi s.a.w akan segala Nabi dan lainnya antara yang berdiri dan ruku’ dan sujudnya.
Kemudian maka azan Jibril maka qamat pula dan berdiri sekelian mereka itu menanti siapa yang jadi imamnya maka mengambil Jibril dengan tangannya Nabi s.a.w maka didahulukan dia pada mihrab dan sembahyang ia dengan segala manusia itu dua rakaat.
Maka tatkala azan Jibril turun beberapa malaikat daripada langit dan berhimpun pula sekalian Anbiya’ dan mursalin kerana sembahyang mereka itu dibelakang Nabi s.a.w. Maka tatkala berpaling yakni selesai daripada memberi salam maka kata Jibril baginya ‘Adakah Tuan hamba tahu siapa yang sembahyang dibelakang tuan hamba ini ?’
Maka sabda sabda Baginda “Tiada”. Maka kata Jibril “Itu lah arwah segala segala Nabi dan Mursalin yang diwahyukan Allah Ta’ala“.
Kemudian maka memuji mereka itu akan Tuhan mereka itu dengan beberapa pujian yang elok.
Sidang qariah yang dikasihi Allah, Kita masih dalam perjalanan Isra’ lagi ( dialam roh ) …..
Maka bersabda Nabi s.a.w ‘ Tiap-tiap kamu memuji akan Tuhannya maka bahawasanya aku memuji pula atas Tuhanku dengan katanya
‘( Alhamdulillahillazi arsalnar-rahmahtul-’alaamin kaffatulinnassi-basyira-wanaziro )’
yakni segala puji bagi Allah Tuhan yamg menyuruh akan daku hal keadaannya member rahmat bagi sekelian alam lagi lengkap bagi segala manusia menyukakan dan menakutkan,
( … ) dan menurunkan atas ku Quran padanya itu menyatakan bagi tiap-tiap sesuatu
( … ) dan menjadikan umat ku itu sebaik-baik umat yang dikeluarkan bagi segala manusia
( … ) dan menjadikan umat ku itu yang dipilihi dan menjadikan umat ku itu merka itu yang permulaan taqdirnya dan mereka itu yang kesudahannya pada wujudnya
( … ) dan meluaskan bagi ku dada aku dan membuangkan daripada aku dosa ku dan diangkatkan bagi ku sebutan ku dan menjadikan daku permulaan dan kesudahan.
Maka tatkala selesai Nabi s.a.w daripada memuji maka bersabda Nabi Ibrahim “Dengan inilah kelebihan kamu Ya Muhammad”.
Nabi dahaga akan sangat dahaga maka mendatangkan Jibril dengan tiga bejana,
satu daripada laban (susu ), satu daripada khamar dan satu daripada (asal**) maka memilih Nabi s.a.w akan laban (susu ). Maka dibenar oleh Jibril dan berkata ia “Telah Tuan hamba pilih akan asli kejadian dan jika Tuan hamba meminum khamar ini nescaya banyak sesat umat Tuan hamba dan tiada yang mengikut melainkan sedikit jua.
…. Bersambung lagi esok, insyaallah
Rujukan : KITAB Kafiat AlMuhtaaj yang diterjemahkan oleh Sheikh Daud ibnu Abdullah Al-Patani.