Tazkirah Ramadan 1430H-Siri1


Puasa itu apakah maknanya pada loghat dan pada syarak ?

Ketahuilah saudara ku, puasa itu pada loghat nya menahankan diri daripada makan atau bercakap atau lainnya. Dan makna pada syarak ialah menahan diri daripada makan dan minum dan setidur dengan perempuan daripada waktu fajar sampai masuk matahari berserta niat. Demikianlah maksud puasa pada loghat dan syarak.

Adapun hukumnya wajib puasa atas tiap-tiap mukallaf lelaki dan perempuan dan ia adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima.

Puasa dan awal di fardukan ?

Adalah seperti yang mashur nas nya didalam kitab-kitab, awal difardukan Allah akan puasa itu keatas muslimin ialah pada bulan Shaaban tahun kedua Hijrah. Kata Imam Nawawi dalam Kitab Majmuk – Telah meriwayat Abu Daud dengan asnadnya daripada Abdul Rahman bin Abu Lail daripada Muadz bin Jabal r.a.h katanya “ Telah diubah-ubah puasa itu tiga kelakuan, maka menyebut ia akan Hadis katanya :

“ Dan adalah Rasulullah s.a.w pada permulaannya puasa ia tiga hari daripada tiap-tiap bulan dan puasa ia pada hari Asyura (10 Muharram) .

Kemudian turun Firman Allah Ta’ala ( Al-Baqarah ayat 183 – Kutiba’alaykumus-siyam … ) artinya telah difardukan Allah atas sekelian kamu akan puasa sebagaimana difardukan atas orang yang dahulu daripada sekelian kamu ( bacalah hingga akhir ayat itu ) Maka jadilah siapa mahu puasa puasalah ia, dan siapa tiada puasa maka memberi makan ia pada tiap-tiap hari akan seorang miskin nescaya memadai akan dia. Maka ini satu kelakuan yakni yang kedua !!

Kemudian turun Firman Allah Taala ( Al-Baqarah,185 : Shahru-Ramadanallazi hingga akhir )

Artinya bermula Ramadan yang turun didalamnya Quran iaitu petunjuk bagi sekelian manusia dan beberapa tanda yang nyata daripada pertunjukan kepada jalan sebenar dan yang memisahkan antara hak dan batil. Maka barangsiapa tampak diantara kamu akan bulan maka hendaklah ia puasa akan dia, dan barangsiapa ada ia sakit atau atas pelayaran maka kenalah puasa beberapa hari yang lain.

Maka inilah kelakuan yang ketiga dan kemudian daripada itu tetaplah hukum puasa atas orang yang nampak bulan dan tetap hukum qada’ puasa atas orang yang musafir dan tetap memberi makan bagi orang yang tua yang tiada kuasa puasa.

Dari Kitab Bahrul Mazi karangan Sheikh idris Al-Marbawi, Jilid 5 ms 2-3

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran