Nak gi dinner... nak pakai ape ekk??













8 sifat pakaian wanita Islam
1. Pakaian itu mestilah menutup aurat
Rasulullah saw bersabda :
Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar
menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ”
Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ ,
sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid)
tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil
mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan
tubuh badan dari luar.
“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah :
kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk
memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian
tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok
membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng.
Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium
bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”.
(Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau
selesa dipakai. Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh
yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan
dari insan itu.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa
Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan
pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata ,
“Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!”
Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah
memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan
badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata,
“Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”.


4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau
kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya
(terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) .
Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita
pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam).

5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan
yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana
bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.
Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga
lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah,
yakni pelacur atau penzina.

“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi
kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ”.
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada
meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki.
Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki
yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”.
(Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian perempuan-perempuan
kafir dan musyrik.


8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk
bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran