Buku Cadangan Untuk Bacaan Hadith

Seringkali saya disoal tentang buku-buku tertentu yang boleh dijadikan bahan bacaan 'permulaan' berkaitan hadith dan ilmu-ilmunya. Berikut adalah beberapa buku yang saya rasakan perlu untuk mereka yang berkenaan. Mungkin ia bersifat terlalu asas atau permulaan..tapi bermula dengan baik itulah antara perkara yang menjadikan kita sampai ke tempat tujuan.

1- Hadith 40 - Imam al-Nawawi : ia telah diterjemahkan dan dicetak dengan pelbagai cetakan yang menarik. Amat mudah untuk mendapatkannya sama ada berbentuk himpunan 40 hadith semata-mata, atau dicetak bersama huraiannya. Ia mengumpulkan 42 hadith yang majoritinya diambil daripada Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, buku-buku Sunan dan lain-lain lagi. Di antara huraiannya yang terbaik ialah Jami' al-Ulum wa al-Hikam tulisan Ibnu Rajab al-Hanbali dan ia juga telah diterjemahkan.

2- Riyadhussolihin - Imam al-Nawawi : ia mengumpulkan hampir 2 ribu hadith yang cukup penting sebagai amalan. Itulah tujuan beliau mengumpulkan hadith-hadith ini. Majoriti hadithnya diambil daripada buku-buku utama seperti Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Pengkaji hadith zaman berzaman menilai hadith-hadith di dalamnya dan didapati hampir kesemuanya sahih dan amat penting. Ia juga telah banyak diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.

3- Al-Rahiq al-Makhtum - al-Mubarakfuri : Ia merupakan di antara buku terbaik dalam mengumpulkan sejarah kehidupan Rasulullah SAW sejak lahir hingga wafat. Ia merupakan pemenang satu pertandingan penulisan Sirah Rasulullah SAW satu masa dahulu.

4- Ringkasan Sahih al-Bukhari : Ia telah pun diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa yang digunakan di negara kita. Walaupun ia berbentuk ringkasan, namun ia amat penting kerana ia memberikan kita gambaran tentang hadith-hadith sahih yang ada di dalam Sahih al-Bukhari versi asal yang lebih panjang dan tebal.

5- Ringkasan Sahih Muslim : Sama juga seperti di atas.

6- Syamaail Muhammadiyyah karya Imam al-Tirmidzi : ia telah pun diterjemahkan dan ia amat penting kerana mengandungi hadith-hadith yang berkaitan sifat peribadi,rupa paras dan akhlak Rasulullah SAW. di dalamnya hampir 400 hadith yang menarik dan penting agar kita mengenali dengan lebih dekat diri Rasulullah SAW.

* Juga dicadangkan anda mengikuti kelas-kelas pengajian yang menggunakan buku-buku seperti di atas...insya Allah lebih menarik dengan huraian ustaz-ustaz yang membantu kita untuk lebih memahaminya.

** Lebih penting lagi untuk mereka yang telah pun memiliki buku di atas, tetapi belum lagi membacanya dengan sepenuhnya dan sebaiknya. Mulakan dengan buku di atas sebelum buku-buku lain...insya Allah kita istiqamah.
Al-Ahkam

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran