Al-Hikam : Manusia Dalam Menghadapi Nikmat






Manusia di dalam menghadapi nikmat kurnia Allah terbahagi kepada tiga:

  1. Gembira dengan nikmat itu, bukan kerana yang memberikannya, tetapi semata-mata kerana kelazatan dan kepuasan hawa nafsu dari nikmat itu, maka ini termasuk orang yang sesuai dengan firman Allah: Sehingga bila mereka telah puas gembira dengan apa yang diberikan itu, Kami tangkap mereka dengan tiba-tiba (Kami seksa mereka dengan tiba-tiba).
  2. Orang yang gembira dengan nikmat kerana ia merasakan bahawa itu kurnia yang diberikan Allah kepadanya, ini sesuai dengan firman Allah: Katakanlah : Kerana merasa mendapat kurnia dan rahmat Allah, maka dengan sebab itulah mereka sepatututnya gembira, yang demikian itu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.
  3. Orang yang hanya gembira dengan Allah, tidak terpengaruh oleh kelazatan lahirnya nikmat, dan tidak kerana kurnia Allah sebab ia sibuk memperhatikan Allah sehingga terhibur dari segala lainnya, maka tidak ada yang terlihat kepadanya kecuali Allah, ini sesuai dengan firman Allah: Karakankah: Hanya Allah, kemudian biarkan mereka dalam kesibukan mereka berkecimpung (main-main).

Asysyibly berkata: Syukur itu jalan melihat pada yang memberi, bukan melihat nikmat pemberiannya.

Abdul Aziz Almahdawy berkata: Siapa yang tidak melihat pemberi nikmat di dalam nikmat itu, maka nikmat itu hanya berupa istidraj (dilulu) dan berubah menjadi bala.

Abu Hamid (Muhammad) al-Ghazali membuat contoh: Seorang raja memberi hadiah kuda kepada rakyatnya, maka dalam menerima nikmat pemberian hadiah ada tiga macam:

  1. Merasa gembira kerana ia mendapat sesuatu yang berguna dan berharga, sesuai dengan maksud tujuannya dan dapat menyampaikan hajat keinginannya. Orang yang sedemikian ini tidak memperhatikan raja sama sekali, pandangannya hanya semata-mata pada kuda, diberi raja atau mendapat di hutan tiada beza baginya.
  2. Orang yang gembira bukan kerana kudanya, tetapi kerana merasa diberi, diingati, dikasihi oleh raja, orang ini dapat membezakan pemberian raja dengan jika ia mendapat di hutan.
  3. Orang yang merasa gembira kerana dengan pemberian itu, ia dapat menggunakan untuk lebih mendekat kepada raja, sehingga dapat lebih meningkatkan kedudukannya di sisi raja.

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran