
"Dari 'Imran bin Hussain al-Khuza'iy bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W. melihat seorang lelaki yang menyendiri, sedang dia sendiri tidak ikut mengerjakan solat bersama-sama satu kaum. Baginda bertanya kepadanya: 'Apakah yang menghalangi kamu untuk ikut bersembahyang bersama-sama kaum itu?'
Kemudian orang tadi menjawab: ' Wahai Rasulullah, saya sedang junub dan tidak ada air.'
Baginda lalu bersabda: " Lakukanlah tayammum dengan tanah yang bersih dan itu sudah cukup bagimu. "