Buat Muslimah : Solat di rumah lebih afdal untuk wanita

Hukum wanita yang bersolat dirumah adalah sunat muaakad. Selain daripada keselamatan mereka lebih terjamin, Rasulullah s.a.w semdiri menggalakkan para wanita untuk bersolat di rumah. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Tabrani, dari Ummu Salamah r.ha. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik masjid (tempat sujud) para wanita ialah rumahnya sendiri.” Terdapat beberapa pendapat daripada fuqaha: 1. Mazhab Hambali Sunat bagi kaum wanita berjemaah apabila terpisah daripada kaum lelaki, samada imamnya lelaki atau wanita. 2. Mazhab Syafi’i Sunat muakkad bagi wanita solat berjemaah di rumah. 3. Mazhab Maliki Sunat solat berjemaah bagi wanita dengan syarat, imamnya lelaki. Lebih afdal bagi wanita solat di rumah. 4. Mazhab Hanafi Wanita tidak disyariatkan untuk solat berjemaah di masjid kerana ditakuti terjadinya fitnah.

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran