Fiqah Pengharaman Khinzir

Zaman wahyu diturunkan, bukti saintifik tentang kuman belum wujud tetapi ia tetap diharamkan. Dunia perubatan dan sains mutakhir ini sahaja baru berjaya membuktikan kewujudan kuman dalam daging khinzir.

Sekiranya khinzir diharamkan kerana mengandungi kuman, jika kuman tersebut boleh dihapuskan, hukum makan khinzir sudah tentu menjadi harus. Adakah benar dakwaan ini?

Perbahasan 1 : Pengharaman daging khinzir sebagai makanan.

Daging khinzir ialah makanan yang diharamkan dalam Islam.

Firman Allah yang bermaksud : “Diharamkan ke atas kamu bangkai, darah, daging khinzir.” (Surah al-Maidah : 3)

Pengharaman daging khinzir sudah tentu terarah kepada makanan. Masak sup daging khinzir haram, masak tomyam pun haram. Goreng haram, bakar pun haram. Makanan berasaskan daging khinzir adalah haram.

Perbahasan 2 : Sebab daging khinzir diharamkan.

Ada dakwaan mengatakan khinzir diharamkan kerana ada bukti saintifik ia mengandungi kuman yang merbahaya kepada manusia. Namun jika khinzir dibela dengan teknologi tinggi, ia adalah khinzir yang bersih. Oleh itu tiada sebab untuk diharamkan ternakan khinzir!!!

Sekiranya khinzir diharamkan kerana mengandungi kuman, jika kuman tersebut boleh dihapuskan, hukum makan khinzir sudah tentu menjadi harus. Adakah benar dakwaan ini?

Sebenarnya tiada sebab saintifik, moden dan sebagainya bagi pengharaman khinzir. Ia semata-mata ketaatan kepada perintah Allah. Pengharaman khinzir disebut dalam surah al-Baqarah ayat 173 dan surah al-Ma’idah ayat 3 tanpa sebab. Cuma disebut daging khinzir sebagai rijs yang membawa makna kotor atau najis dalam surah al-An’am ayat 145. Zaman wahyu diturunkan, bukti saintifik tentang kuman belum wujud tetapi ia tetap haram.

Asasnya dalam Islam ialah Islam menghalalkan makanan yang baik dan mengharamkan makanan yang tidak baik.

Firman Allah yang bermaksud : “Wahai manusia! Makanlah daripada apa yang berada di bumi akan makanan yang halal lagi baik.” (Surah al-Baqarah :168)

Firman Allah lagi yang bermaksud : “Wahai orang yang beriman! Makanlah daripada benda-benda yang baik yang Kami rezekikan akan kamu, dan bersyukur kepada Allah jika kamu benar-benar menyembah-Nya.” (Surah al-Baqarah : 172)

Selepas ayat ini, ayat seterusnya membicarakan makanan yang haram.

Firman Allah yang bermaksud : ”Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu akan bangkai, darah, daging khinzir dan apa yang disembelih dengannya selain kerana Allah.” (Surah al-Baqarah : 173)

Ini memberi faham bahawa empat jenis makanan dalam ayat ini tidak termasuk dalam kategori makanan yang baik (tayyibat). Sebab saintifiknya tidak disebut.

Walaubagaimanapun, memang ada kajian saintifik mengenai khinzir dan kuman serta penyakit. Penulis buku Al-Quran Saintifik membahaskan sola pengharaman khinzir dalam bab 70.

Fakta saintifik mengenai kuman dan penyakit yang terdapat pada khinzir:

  1. Punca penyakit

Khinzir menjadi punca pelbagai jenis penyakit. Antaranya anthrax, ascaris suum, botulism, brucella suis, cryptosporidiosis dan sebagainya. Ada hampir 16 jenis lagi penyakit yang disebut dalam ayat yang sama.

  1. Penemuan kuman berbahaya

Pada tahun 1997, ahli0ahli sains Britain melaporkan kuman berbahaya retro viruses PERV daripada khinzir. Virus ini membiak dalam tabung uji yang mempunyai sel-sel buah pinggang manusia.

  1. Pengubah kuman virus

Dalam Journal of Virology 1997, satu kajian jelas menunjukkan terdapat sel-sel tertentu pada kerongkong khinzir yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya. Menurut kajian tersebut, virus binatang yang biasanya tidak menjangkiti manusia tiba-tiba bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang mampu menjangkiti manusia selepas memasuki sel-sel khinzir.

  1. Punca virus selsema burung

Pada tahun 2004, wabak selsema burung menyerang beberapa bua negara. Lebih kurang 100 juta burung, ayam, itik dan seumpamanya mati atau disembelih kesan wabak ini. Bulan Ogos 2004, China mengumumkan penemuan virus penyebab selsema burung, termasuk daripada spesies H5N1 dalam khinzir.

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran