TABUNG BANTUAN PALESTIN SURAU SMM















Tabung Bantuan Palestin Surau SMM telah dilancarkan pada 12/1/2009. Kutipan pertama berjumlah
RM216.35 telah dimasukkan ke akaun Mercy Malaysia pada 20.1.2009.

Kutipan ke-2 berjumlah RM200.00 telah dimasukkan ke akaun pada 3.3.2009.

Manakala kutipan ke-3 berjumlah RM27.50 telah dimasukkan ke akaun pada 13.5.2009.

Jumlah keseluruhan kutipan adalah RM443.85

Tabung ini telah ditutup pada tarikh 12.5.2009. Terima kasih kepada semua.


Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran