Tazkirah on-line Rejab Siri 9 - Tuan Nazir

Seandainya Nabi Muhammad menziarahi kamu (selawat dan salam atas Baginda s.s.w )
Seandai nya …
Jika Nabi Muhammad s.a.w menziarahi kamu sehari dua,
Jika tiba-tiba Baginda datang, aku membayangkan apakah yang akan engkau lakukan?
Oh ! Aku tahu pasti kau sediakan bilik yang terindah, kepada tetamu yang begitu mulia.
Dan akan kau sediakan yang terbaik sahaja.
Pasti kau rasa bangga, Kerana gembira bersama Baginda disana,
Dapat berbakti pada baginda, Pasti tak terbanding gembira nya.
Tapi … Bila kau lihat Baginda datang, adakah kau akan sambut di ambang pintu
Dengan tangan terbuka, Kepada tetamu mu yang mulia?
Atau ... Kau akan menukar pakaian dibadan sebelum kau persilakan Baginda?
Atau sorokkan majalah dan digantikan dengan Quran ditempatnya ?
Mahukah kau terus menonton cerita, Atau mengadap TV kau?
Atau kamu padamkan nya, Sebelum Baginda murka.
Adakah kau segera tutupkan radio, Dan harap agar Baginda tidak mendengarnya?
Dan berharap agar kau tidak tergopoh-gapah berkata-kata ?
Adakah kau akan sembunyikan muzik memuji dunia, Dan sebaliknya keluarkan buku Hadith Baginda ?
Atau kau akan terus mempelawa Baginda, Atau adakah kau akan bersegera ?
Dan aku bayangkan ... Jika Baginda habiskan masa dengan kau, sehari dua,
Adakah kau akan teruskan lakukan seperti biasa ?
Adakah kau akan bertutus seperti hari biasa ?
Adakah kau akan teruskan kehidupan seperti biasa?
Adakah percakapan sekeluarga, juga seperti biasa ?
Atau kau akan menghadapi kesukaran, untuk membaca doa santapan diatas meja ?
Adakah kau akan pastikan solat terjaga ? Tanpa kerut dimuka?
Adakah kau akan bangun seawalnya, Untuk Solat Suboh di pagi kala ?
Adakah kau akan dendangkan lagu yang kau suka ? Dan baca buku yang faedahnya tiada ?
Dan kau khabarkan pada baginda, santapan apa yand diberi untuk mnjaga minda ?
Adakah kau akan bawa baginda bersama, kemana saja yang telah kau rencana ?
Atau, Kau ubah sebagai tipudaya, Hanya untuk sehari dua ?
Adakah kau akan bangga untuk ketemukan mereka, kawan kau yang sehati sejiwa?
Atau , would you hope they stay away, Until his visit ends?
Would you be glad to have him stay, Forever on and on?
Or would you sigh with great relief, When he at last was gone?
It might be interesting to know, The things that you would do.
If Prophet Muhammad, came, To spend some time with you.

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran