Tazkirah on-line Rejab siri 13 - Tuan Nazir

Sidang Qariah yang dirahmati Allah,
Pada malam Isra’ telah datang akan Malaikat Jibril dan Mikail pada Nabi Muhammad s.a.w dan dibawakan air zam-zam lalu dilentangkan Nabi s.a.w atas belakangnya. Jibril lah yang memerintahkan segala perkara itu lalu dibelahnya dada Nabi s.a.w hingga kebawah perutnya, kemudian Jibril berkata pada Mikail :
“ Bawa oleh mu dengan satu botol zamzam supaya aku sucikan hatinya dan supaya luas dadanya “. Kemudian maka dikeluarkan jantungnya dibelahnya kemudian dibasuhnya akan dia tiga kali dengan tiga botol daripada air zamzam dan dikeluarkan barang yang didalamnya daripada darah yang hitam.
Maka berkata ia inilah bahagiannya syaitan dan berulang-ulang Mikail kepada Jibril dengan tiga botol air zamzam kemudian didatangkan Jibril dengan suatu botol yang lain pula daripada emas penuh didalamnya hikmat dan iman maka menuangkan Jibril kedalam dada Nabi s.a.w ... maka penuhlah dengan hikmat dan ilmu dan yaqin dan islam kemudian ditutupnya dan dijahitnya dengan ketiadaan pedih dan sakit.
Kemudian maka dimenterikan antara dua belikatnya dengan Khatamanubuwat.
Apakah tanda Nubuwat ?
Tanda Nubuwat terdapat di belakang Nabi s.a.w berupa daging yang timbul berwarna merah … insyaalah akan dibincang dengan lebih terperinci nanti.
Sidang qariah yang dikasihi Allah,
Kemudian maka didatangkan dengan Buraq daripada syurga yang berpelana lagi berkakang maka iaitu suatu binatang yang putih lagi besar daripada Himar dan kecil daripada baghal empat kakinya yang amat pantas perjalanannya.
Maka adalah antara satu langkah pada satu langkah kira kira seperlihatan mata lagi bergerak-gerak dua telinganya apabila naik kepada bukit maka panjang dua kakinya yang dibelakang dan apabila turun bukit maka panjang dua kaki hadapannya.
Lagi ada baginya dua sayapnya pada asal dua pehanya menerbangkan dengan keduanya itu akan kakinya maka tatkala hendak menunggang Nabi s.a.w akan dia maka meliarkan dan mempayahkan tunggangannya maka menghantar Jibril akan tangannya pada lehernya serta berkata Jibril pada Buraq “ Tiada kah engkau malu Hai Buraq, demi Allah tiada seorang menunggang akan dikau yang terlebih mulia pada Allah daripadanya.”
Maka tatkala mendengar Buraq itu akan perkataan Jibril maka patuh tubuhnya dengan pelah dan tetap ia serta merendahkan dirinya hingga naik Rasulullah s.a.w akan dia.
… bersambung esok insyaallah.
Rujukan : KITAB Kafiat AlMuhtaaj yang diterjemahkan oleh Sheikh Daud ibnu Abdullah Al-Patani.

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran