Karakter Fizik Rasulullah s.a.w.








Anas ibnu Malik r.a. meriwayatkan:

Maksudnya: “Postur (bentuk) tubuh Rasulullah s.a.w. tidak terlalu tinggi dan tidak pendek. Kulit beliau tidak terlalu putih dan tidak gelap. Rambut beliau tidak terlalu kerinting dan tidak lurus tergerai. Allah s.w.t. mengutus beliau, sebagai rasul, ketika beliau memasuki usia yang keempat puluh. Beliau tinggal di Mekah selama sepuluh tahun, dan di Madinah selama sepuluh tahun. Beliau wafat ketika dalam usianya yang keenam puluh, sementara uban di rambut dan janggut beliau tidak mencapai dua puluh helai.”

(Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Malik dan Ahmad)

 

Al-Bara’ ibn Azib r.a. meriwayatkan:

Maksudnya: “Postur tubu Rasulullah s.a.w. sedang (tidak tinggi dan tidak pendek). Bahagian badan di antara kedua pundaknya (bahunya) lebar. Rambut beliau lebat, hujungnya menyentuh daun telinga bahagian bawah. Beliau memiliki baju berwarna merah. Saya belum pernah melihat seseorang yang lebih tampan daripada beliau.”

(Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Daawud, Ibnu Majah dan Ahmad)

 

Ali ibnu Abi Thalib menggambarkan ciri fizikal Rasulullah s.a.w.:

Maksudnya: “Postur tubuh Rasulullah s.a.w. tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. Beliau memiliki perawakan yang sedang dibandingkan kaumnya. Rambut beliau tidak terlalu kerinting dan tidak lurus tergerai. Beliau berambut ikal, tidak gemuk, dan wajah beliau tidak terlalu bulat. Kulit beliau putih kemerah-merahan. Beliau memiliki bola mata yang hitam pekat, bulu mata yang lentik serta bahu yang lebar dan tidak berbulu. Dada beliau berbulu. Telapak tangan dan kaki beliau tebal. Ketika berjalan beliau seakan-akan melangkah menuruni tanah yang landai. Ketika menoleh, beliau menoleh (berbalik) dengan seluruh badan. Diantara kedua bahu beliau terdapat tanda kenabian. Beliau adalah nabi terakhir, manuia yang paling lapang dada, ucapannya paling bisa dipercayai, karakternya paling lembut, dan cara bergaulnya paling mulia. Siapa pun yang pertama kali melihat beliau, pasti segan. Tetapi orang yang telah lama bergaul dengan beliau pasti mencintai beliau. Siapa pun yang mencuba menggambarkan karakter beliau pasti berkata, “ Aku tidak pernah melihat seorang pun yang sama seperti Rasulullah s.a.w., baik sebelum maupun setelah beliau (wafat).”

(Riwayat Tirmidzi, Ibnu Sa’d dan Baihaqi) Sanad hadits ini dhaif

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran