Tanda Kenabian Rasulullah s.a.w.








Sa’ib bin Yazid r.a. meriwayatkan:

Maksudnya: “Bibi membawa saya menghadap Nabi s.a.w. Bibi berkata, ‘Wahai Rasulullah! Keponakanku ini sakit.’ Maka beliau mengusap kepalaku dan mendoakan keberkahan untuk saya, lalu beliau berwudhu, kemudian saya meminum bekas air wudhu beliau. Setelah itu, saya berdiri di belakang beliau, seketika saya melihat tanda kenabian di antara kedua pundak beliau, bentuknya seperti kancing tirai.”

(Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim dan Thabrani)

 

Jabir bin Samurah r.a. meriwayatkan:

Maksudnya: ”Saya melihat tanda kenabian di antara kedua pundak Rasulullah s.a.w., iaitu daging berwarna merah sebesar telur burung merpati.”

(Riwayat Tirmidzi, Muslim dan Ahmad)

 

Abu Zaid Amru bin al-Akhthab al-Anshari r.a. berkata kepada Ilba’ bin Ahmar,

Maksudnya: ”Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada saya, ’Wahai Abu Zaid! Mendekatlah dan usaplah belakangku!’ Maka saya pun mengusap belakang beliau, seketika jari-jemari saya menyentuh tanda (kenabian). ’ Ilba’ bertanya, ’Seperti apa tanda kenabian itu?’ Abu Zaid menjawab, ’Gumpalan rambut.’”

(Riwayat Tirmidzi dan Ahmad)

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran