Rambut Rasulullah s.a.w.











Anas ibnu Malik meriwayatkan:

Maksudnya: ”Panjang rambut Rasulullah s.a.w. sampai di setengah telinga beliau.”

(Riwayat Tirmdzi, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dan Ahmad)

 

Diriwayatkan bahawa Aisyah berkata,

Maksudnya: ” Saya pernah mandi bersama Rasulullah s.a.w. dari satu wadah (bekas air). Beliau memiliki rambut yang panjangnya tidak sampai di pundak (bahu) dan tidak sampai di bahagian bawah daun telinga,”

(Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Abu Dawud dan Ahmad)

 

Qatadah bertanya kepada Anas, ” Seperti apa ciri-ciri rambut Rasulullah s.a.w.?” Anas menjawab,

Maksudnya: ”Rambut Rasulullah s.a.w. berada di tengah-tengah kerinting dan lurus, sementara panjangnya mencapai bahagian bawah daun telinga,”

(Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim Nasa’i dan Ahmad)

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran