Uban Rasulullah s.a.w.











Qatadah meriwayatkan,

Maksudnya: ”Saya bertanya kepada Anas bin Malik, ’Apakah Rasulullah s.a.w. mewarnai rambutnya?’ Ia menjawab, ’Rasulullah s.a.w. tidak pernah melakukannya, meski pada kedua pelipisnya terdapat uban. Tetapi, Abu Bakar pernah mewarnai rambutnya dengan inai dan al-katm.’”

(Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Nasa’i dan Ahmad)

 

Anas bin Malik meriwayatkan,

Maksudnya: ”Saya hanya dapat menemukan empat belas uban di rambut dan janggut Rasulullah s.a.w.”

(Riwayat Tirmidzi dan Ahmad)

 

Ibnu Umar meriwayatkan,

Maksudnya: ”Uban Rasulullah s.a.w. kurang lebih dua puluh helai.”

(Riwayat Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah)

 

Ibnu Abbas meriwayatkan,

Maksudnya: ”Abu Bakar berkata kepada Rasulullah s.a.w., ’Wahai Rasulullah, Anda telah beruban.’ Maka beliau bersabda, ’Yang membuatkanku beruban adalah surah Hud, al-Waqi’ah, al-Mursalat, an-Naba’ dan at-Takwir,’”

(Riwayat Tirmidzi, Ibnu Sa’d dan Hakim)

 

Abu Ramtsah at-Taimi meriwayatkan,

Maksudnya: ”Saya mendatangi Nabi bersama anak saya, kemudian saya menunjukkan Rasulullah kepada anak saya dan berkata, ’Inilah Nabi Allah s.w.t.’ Beliau mengenakan dua helai pakaian hijau. Beliau memiliki rambut yang telah beruban. Uban beliau berwarna merah.’”

(Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Nasa’i dan Ahmad)

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran