LANGKAH PERTAMA BADAR SURAU SMM

Setelah mendapat persetujuan dari semua AJK Surau dan juga pengesahan dan nasihat dari Tuan Nazir, maka BADAR dengan ini mengeluarkan satu peraturan seperti yang termaktub di bawah :

Kepada : Pekerja Muslim Lelaki Steelcase Manufacturing Malaysia

Tarikh : 3 April 2009

Perkara : Larangan berada di dalam kilang bagi lelaki Islam semasa solat Jumaat.

Tujuan larangan ini ialah :

  1. Bagi memastikan setiap pekerja muslim yang mukallaf menunaikan kewajipan solat Jumaat sekiranya tiada keuzuran.
  2. Sebagai usaha tarbiyah dan dakwah bagi memastikan Islam terjaga dan dipelihara oleh semua pekerja muslim di dalam kilang ini.
  3. Demi menjaga maruah Islam terutama pada pandangan orang-orang bukan Islam.
  4. Agar mendapat keberkatan rezeki yang diperolehi dengan tidak meninggalkan suruhan agama.
Ketua BADAR: Jamil Bin Bunasir

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran