Mengangkat Non-Muslim sebagai pemimpin

Dalam sistem demokrasi, setiap warga yang cukup syarat layak mengundi. Tanpa mengira agama, rakyat mengundi calon yang mereka fikir sesuai dan layak sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen (MP).

Suatu ketika dahulu, kedengaran ‘fatwa’ menyatakan haram bagi Muslim mengundi calon non-muslim. Kerana haram bagi Muslim menjadikan non-Muslim sebagai wali

Namun sekarang ‘fatwa’ tersebut sudah tidak kedengaran lagi. Mungkin ‘fatwa’ tersebut wujud atau mungkin sekadar cakap-cakap sahaja. Baca seterusnya...

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran