Hadis Qudsi-Lapangkanlah dirimu untuk beribadat kepadaKu...



Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda:
Allah telah berfirman (yang bermaksud):
"Lapangkanlah dirimu untuk beribadat kepadaKu, nescaya aku penuhi dadamu kekayaan, dan mengatasi segala kemiskinanmu. Jika engkau tidak berbuat, maka aku akan penuhi dadamu dengan urusan, dan tidaklah Aku tutupi kemiskinanmu." (Riwayat Termidzi dan Baihaqi)

Huraiannya:
Hadis Qudsi ini mengingatkan kita, bahawa yang menjadikan manusia kaya atau miskin itu ialah Allah s.w.t. Dialah yang mentakdirkan semua itu dengan kudrat dan iradatNya. Baca seterusnya...

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran