Hadis Qudsi- Tuhan malu kepada orang yang sabar...



Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman (yang bermaksud):
"Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas salah seorang hambaKu pada badannya, atau hartanya, atau anaknya, lalu ia menerima musibah itu dengan penuh kesabaran, niscaya di hari kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan, atau mendedahkan buku catitan amalnya." (Riwayat Qudhai') 

Huraiannya:
Ini juga di antara Hadis-hadis Qudsi yang membicarakan tentang musibah, atau ujian yang ditimpakan oleh Allah Ta'ala ke atas hambaNya. Baca seterusnya...

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran