Al-Hikam : Tanda seorang yang mendapat taufiq





Tanda seorang mendapat Taufiq itu ada tiga:

  1. Mudah mengerjakan amal kebaikan, padahal ia tidak ada niat dan bukan tujuannya.
  2. Berusaha untuk berbuat maksiat, tetapi selalu terhindar daripadanya.
  3. Selalu terbuka baginya keperluan dan hajat kepada Allah Ta’ala.

Tanda seorang yang dihina oleh Allah ada tiga:

  1. Sukar melakukan ibadat/taat, padahal ia telah berusaha bersungguh-sungguh.
  2. Mudah terjerumus ke dalam maksiat, padahal ia berusaha menghindarkannya.
  3. Tertutup pintu berhajat kepada Allah, sehingga merasa tidak perlu berdoa dalam segala hal.

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran