Bulan Penghayatan Islam Surau SMM 1430H/2009M

Bulan Penghayatan Islam Surau SMM 1430H/2009M

Badan Dakwah Dan Pendidikan Surau SMM akan mengadakan Bulan Penghayatan Islam pada setiap tahun bermula tahun ini.

Untuk tahun ini tarikh yang telah ditetapkan ialah pada 18.6.2009 hingga 18.7.2009.

Tujuan : Menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri dengan memberi pendidikan dan pengajaran kepada semua ahli kariah dalam menjalani kehidupan dengan berlandaskan A-Quran dan As-Sunnah.

Aturcara program :

1. Upacara pembukaan BPI akan diadakan pada 18.6.2009, Khamis jam 6:30ptg di surau Steelcase. Majlis dimulakan dengan Tazkirah ringkas oleh al-Fadhil En Ahmad Latifi, diikuti dengan solat magrib berjamaah dan perasmian BPI oleh Tuan Nazir En Aminuddin.

2. Pengedaran risalah Jumaat – Risalah ini akan dikeluarkan kepada setiap ahli kariah pada setiap hari Jumaat.

3. Tazkirah on-line – Tuan Nazir En Amin akan menyediakan bahan tazkirah pendek setiap hari untuk bacaan setiap ahli kariah. Penyebaran dilakukan melalui email/cetak dan bahan akan dimuatkan di dalam blog surau.

4. Program rakan surau – AJK dan individu yang berminat adalah disarankan supaya menjadikan bulan ini untuk mengajak seramai mungkin ahli kariah untuk menunaikan kewajipan solat 5 waktu.

5. Pertandingan cerpen dan sajak yang bercirikan Islam akan diadakan pada minggu ke 2 dan tema akan diberitahu kemudian. Keputusan akan diumumkan pada majlis penutup BPI.

6. Majlis penutup dan sambutan Israk Mi’raj akan diadakan pada hari Sabtu 18.7.2009 jam 9 hingga 12 tengahari. Antara program yang akan diadakan pada majlis penutup ini ialah Motivasi pelajar yang ingin menduduki peperiksaan, Bengkel kesempurnaan solat, Nasyid/Selawat dan lakonan/pentomen.

Semoga segala perancangan mendapat pertolongan dan keredhaan Allah.

Sekian

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran