Tazkirah on-line Rejab Siri 14 - Tuan Nazir

Sidang Qariah yang dirahmati Allah,

… maka berjalan ia pada hal Jibril pada pihak kanan dan Israfil pihak kirinya maka sentiasa berjalan hingga sampai kepada satu dusun yang banyak pohon kurma,
maka berkata Jibril “Turun Ya Muhammad disini sembahyang dua rakaat” ,
maka turun ia dan sembahyang dua rakaat.
Kemudian maka menunggang ia akan Buraq maka berkata Jibril baginya “Adakah tuan hamba tahu tempat sembahyang itu ?”
Maka sabdanya “ tiada”. Maka katanya “ Itulah Thaibat yakni Madinah Al Munawarrah dan kepada nya tuan hamba berpindah” dan sentiasa berjalan Buraq itu serta melangkahkan satu kaki kepada satu kaki sekira-kira seperlihatan mata.
Maka berkata Jibril “ Turun Ya Muhammad sembahyang dua rakaat”, maka turun ia maka sembahyang Nabi dua rakaat seperti yang disuruhnya.
Kemudian maka menunggang ia maka katanya “ Adakah tuan hamba tahu apa tempat ini ?”,maka sabdanya “tiada “. Katanya “ Itulah Madyan pada pohon kayu yang didengar Nabi Musa kalamullah dan Khatibnya.
Maka sentiasa berjalan ia kemudian berkata Jibril “Turun Ya Muhammad sembahyang dua rakaat “, maka memperbuat Nabi s.a.w seperti yang disuruhnya.
Kemudian maka menunggang ia maka berkata Jibril “Adakah tuan hamba ketahui apa tempat sembahyang itu ?”
maka sabdanya “tiada”. Maka katanya “Itulah tuan hamba sembahyang pada baitulahm tempat diperintahkan Nabi Isa a.s.”

Sidang qariah yang dikasihi Allah,

(dan) sentiasa berjalan ia hingga berdapat dengan bau harum maka sabda Nabi s.a.w
”Ya Jibril apa bau yang harum ini ?” Maka katanya
“ Inilah bau Mashitah yakni perempuan yang menyisir akan anak Firaun dan bau anaknya dan suaminya antara tiap-tiap menyisir dan apabila jatuh sisir pada tangannya maka berkatanya
“Bismillah … dengan nama Allah binasa Firaun “
Maka berkata anak perempuan Firaun “Adakah bagi kamu tuhan yang lain daripada bapa ku ?”
Maka berkata Mashitah “ Bahkan dan Ia Tuhan engkau dan Tuhan bapa engkau “
Maka berkata anak perempuan “ Adakah reda engkau bahawa aku khabarkan bapa ku “
Maka pergilah ia menghkhabarkan bapa nya Firaun, maka diserunya akan dia maka tatkala datang ia maka kata Firaun “ Adakah Tuhan yang lain daripada aku ?”
Maka kata Mashitah “ Bahkan, Tuhanku dan Tuhan kamu itu Allah subhanahu-wa-Ta’ala”
Maka tatkala dengar Firaun akan dia sangat marah ia, maka adalah bagi Mashitah itu suaminya dan dua anaknya satu besar dan satu kecil lagi menyusu. Maka diseru pula akan suaminya dan menyuruh ia akan keduanya kembali kepada ugamanya dan mengulangi ia akan keduanya enggan keduanya itu daripada mengikut.
Kemudian berkata Firaun bahawasanya aku berkehendak bunuh akan kedua kamu jika tiada kedua kamu kembali kepada agama kamu ….. Bersambung esok insyaallah

Rujukan : KITAB Kafiat AlMuhtaaj yang diterjemahkan oleh Sheikh Daud ibnu Abdullah Al-Patani.

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran