Tazkirah on-line Rejab Siri 24 - Tuan Nazir

Sidang qariah yang dikasihi Allah,

Kemudian maka masuk Nabi s.a.w akan Baitul Makmur dan sembahyang Nabi s.a.w dan sembahyang sertanya segala mukminin dan masuk kedalam Baitul Makmur itu tiap-tiap hari tujuh puluh ribu malaikat,tiada ia keluar lagi hingga hari Qiamat.
Bahawasanya adalah BaitulMakmur itu pada langit yang ketujuh dibawah syurga dan berbetulan dengan Kaabah, jikalau dijatuhkan daripadanya batu nescaya jatuh diatas Kaabah.

Kemudian maka diangkatkan kedua Nabi s.a.w dan Jibril kepada Sidratul Muntaha.

Kemudian maka masuk pula Nabi sa.w dan Jibril kedalam syurga maka melihat didalamnya barang yang tidak pernah dilihat oleh mata dan tiada dengar oleh telinga dan tiada terlintas oleh hati manusia .
Maka adalah syurga itu delapan :
. (pertama) yang terlebih afdal lagi terlebih tinggi Jannatul Firdaus iaitu tempat ketetapan
segala Anbiya’ dan segala Syuhada dan Solihin dan diperbuat dariapada emas.
. (kedua) Jannatul-Adn
. (ketiga) Jannatul-Huldi yang diperbuat dari marjan
. (keempat) Jannatul Naim yang dioerbuat dariapada perak
. (kelima) Jannatul-Salaam yang diperbuat daripada yaqut merah
. (keenam) Jannatul-Ma’wa yang diperbuat daripada batu berwarna hijau
. (ketujuh) Jannatul-Jalal yang diperbuat daripada lo’lo’ yang putih
. (kelapan) Jannatul Maqam-walqarar yang diperbuat dari kasturi yang harum .
Sidang qariah yang dikasihi Allah,

Sabda nabi s.a.w “Maka tiba-tiba aku lihat tertulis pada pintu syurga itu sadaqah dengan sepuluh gandanya dan hutang itu dengan delapan belas gandanya, maka sabdanya “Kenapa begini Ya Jibril, memberi hutang terlebih afdal daripada member sadaqah ? “ Maka jawab Jibril “Kerana yang meminta itu terkadang minta ia pada hal ada ia mempunyai sedangkan yang berhutang itu tiada ia berhutang melainkan kerana hajatnya.

Kemudian maka keluar Nabi s.a.w daripada syurga maka melihat pula akan neraka dan terdapat didalamnya segala seteru (musuh) Allah dan jikalau dijatuhkan pada neraka itu batu dan besi nescaya dimakannya. Dan berjumpa pula beberapa kaum yang memakan bangkai,
maka sabdanya “ Siapa ini Ya Jibril ?” Maka jawabnya “ Inilah mereka yang memakan daging manusia dengan mengumpat. Dan melihat pula akan Malaikat yang menunggu neraka iaitu seorang malaikat yang sangat masam mukanya diketahui akan marahnya pada mukanya. Lalu memberi salam ia akan Nabi s.a.w dan dijawab Nabi akan salaamnya itu.

Maka adalah neraka itu tujuh pangkat,
yang pertama Jahannam dan yang keduanya Ladhaa
yang ketiga Hutomah dan yang keempat Saiir
yang kelima Saqar dan yang keenam Jahim
dan yang ketujuh Hawiyah
dan tiap-tiap pintu satu didalam neraka yang lainnya dan dalam satu-satunya itu dari atas hingga kebawahnya tujuh ratus lima tahun dipenuhi kayu dan bara api dari anak Adam dan batu yang disembahnya …
Na’udzubillah
Sidang qariah yang dikasihi Allah,

Kemudian maka diangkatkan Nabi s.a.w keatas Sidratul Muntaha dan dilindungi Baginda oleh awan disusuli Jibril kemudian berhenti ia dan memasukkan Jibril akan Nabi kedalam Nur dan berkata “( Anta warabbuk ) artinya Engkau dan Tuhan engkau“ dan pada satu riwayat bersabda Nabi akan Jibril “Disinikah meninggalkan taulan akan taulannya ?” Maka berkata Jibril “ Sampai sini saja tempat ku jikalau terus aku nescaya terbakar aku olehNur “
Maka melihat Nabi s.a.w disana akan seorang laki-laki yang ghaib ia didalam nur Arsy ,maka bertanya Nabi s.a.w “Siapa ini ?” Malaikat kah atau Nabi kah ?” maka katanya “Tidak”
Maka sungguhnya ia seorang laki-laki adalah pada dunia lidahnya basah sentiasa menyebutkan zikrullah dan hatinya dengan masjid dan tiada memaki akan dua ibu bapa nya sekali-kali.
Dan pada satu riwayat bahawasanya tatkala sampai pada tempat itu maka liar hati Nabi s.a.w ( bimbang) lalu terdengar ia suara seakan suara Abu Bakar AsSiddiq berkata ia “Berhenti Ya Muhammad ….. ” Maka hairan Nabi bagaimana Saidina Abu Bakar berada disitu mendahuluinya ! Maka Nabi s.a.w bertanya tatkala munajat dengan Allah akan demikian itu, maka firmannya “Sungguhnya adalah Abu Bakar itu sahabat-taulan kamu , lalu aku jadikan suatu malaikat yang menyerupai ia dengan rupa suara Abu Bakar supaya hilang daripada kamu liar hati (rasa bimbang). Dan befirman Allah Ta’ala ( innallah hawa mala ikati yusollun na-alan nabiy {surah ke 33 al-Ahzab ,ayat 56 …. } yang bermaksud Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatnya bershalawat atas Nabi. Hai orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan padanya).

Kemudian maka diangkatkan Nabi s.a.w kepada Hadhratul Qudus maka melihat ia akan Tuhannya Subhanahu Wa Ta’ala dengan mata kepala yang dijadikan Allah ta’ala pada keduanya maka tiada pernah pun seorang nabi dan mursalin melihat dengan mata kepala sebelum ini. Maka Baginda pun terus sujud kepada Hadratnya dan sembah (maka) firman Subhanahu wa ta’ala “Ya Muhammad “ maka sembah Nabi s.a.w “Labbaik”.
Maka firmannya lagi “Angkatkan kepala mu dan pohonkan barang yang engkau kehendaki Aku berikan “

… Jika diizinkan Allah, bersambung lagi, insyaallah
Rujukan : KITAB Kafiat AlMuhtaaj yang diterjemahkan oleh Sheikh Daud ibnu Abdullah Al-Patani.

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran