Cuba renungkan sekejap...

Setiap jam di pejabat (waktu kerja kita) kita dibayar dengan gaji. Maka, ruang manakah yang wujud untuk melakukan sesuatu selain dari urusan kerja?

Saidina Umar didatangi oleh anaknya yang menyatakan hasrat untuk berbincang. Tanya beliau;

'Hal apakah yang ingin dibincangkan? Hal negara atau hal keluarga (peribadi)?'

Jawab si anak...

'Hal Keluarga'

Lalu beliau memadamkan pelita yang sedang terpasang. Apabila ditanya, beliau menjawab;

'Minyak yang digunakan untuk menyalakan pelita tersebut adalah wang rakyat. Aku tidak mahu memakan walau pun sedikit wang rakyat ke atas urusan yang tidak berkaitan dengan rakyat'

Sampai begitu sekali beliau menjaga amanah serta keberkatan rezekinya. Bagaimana pula kita?

Baiklahh... apa pandangan anda apabila masuk ke bilik guru, anda melihat sekumpulan guru sedang berborak santai, ketawa berdekah-dekah... di sudut lain pula, sibuk lah seorang guru ini mempromote kain untuk baju raya, kerongsang....

Tentu yang terlintas.... 'Cikgu2 nih, tak mengajar ke? Buat keje lain waktu sekolah pulak...'

Begitulah juga peranan kita yang lain ni di tempat kita... Terutama yang bekerja dengan komputer yang mempunyai kemudahan internet. Chatting sana sini yang tiada kaitan dengan kerja, baca paper online MalaysiaKini, Harakahdaily, Youtube, Facebook, blogspot dll.


Sbb tue rasa rezeki tak cukup jek sbb kurang berkatnya. Namun, cadangan untuk tidak menuntut OT untuk cover lompang2 semasa waktu keje adalah amat bagus sebagai langkah berjaga2 untuk menjaga keberkatan rezeki....
syabass....


Wallahua'lam

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran