Al-Hikam : Adakah amal kita diterima Allah??

Tanda Diterima Amal

Siapa yang dapat merasakan buah dari amal ibadatnya di dunia ini, maka itu dapat dijadikan tanda diterimanya amal itu oleh Allah kelak.

Buah dari amal ibadat di dunia ini ialah merasakan lazat manisnya amal itu, sehingga terasa sebagai nikmat yang tidak ada bandingnya.

Atabah al-Ghulam berkata: “Saya melatih diri sembahyang malam dua puluh tahun, setelah itu baru saya merasakan nikmat bangun malam”.

Tsabit al-Bunany ra. Berkata: “Saya melatih membaca al-Quran dua puluh tahun, setelah itu baru saya merasakan nikmat membaca al-Quran”.

Abu Turaab berkata: “Jika seseorang bersungguh-sungguh dalam niat amalnya, dapat merasakan nikmat amal itu sebelum mengerjakannya, dan apabila ikhlas dalam melakukannya merasakan manisnya amal ketika melakukannya, dan amal yang sedemikian sifatnya, itulah amal yang diterima dengan kurnia Allah”.

Al-Hasan berkata: “Carilah manisnya amal itu pada tiga, maka apabila kamu telah mendapatkannya bergembiralah dan teruskan mencapai tujuanmu, apabila belum kamu dapatnya, ketahuilah bahawa pintu masih tertutup iaitu ketika membaca al-Quran, dan berzikir, dan ketika sujud”.

Ada pula yang menerangkan: dan ketika bersedekah dan ketika bangun malam. Sejak bilakah kau merasakan telah mengenal Allah? Iaitu setiap kali saya akan berbuat pelanggaran terhadap ajaranNya, merasa malu daripadanya… Malukah kita bila berbuat maksiat!!!

Terjemahan Al-Hikam

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran