Al-Hikam : Semua Takdir Kejadian Mengandungi Rahmat

Siapa yang mengira terlepasnya hikmat kurnia Allah daripada bala ujian yang ditakdirkan oleh Allah, maka yang demikian itu disebabkan kerana dangkalnya pandangan imannya.

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jangan menuduh tidak baik terhadap segala apa yang telah ditakdirkan Allah untukmu”.

Rasulullah bersabda : Jika Allah kasih pada seorang hamba, maka diuji denga bala, maka jika sabar dipilihnya, dan jika rela maka diistimewakan.

Abu Hirairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. : Siapa yang dikehendaki Allah untuknya kebaikan, maka diujinya dengan musibah bala.

Abu Hurairah dan Abu Said ra. Keduanya berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w. : Tiada sesuatu yang mengenai seorang mukmin berupa penderitaan atau kelelahan (penat) atau risau hati/fikiran melainkan kesemuanya itu akan menjadi penebus dosanya. (Bukhari/Muslim).

Ibn Mas’ud ra. Berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : Tiada seorang muslim yang terkena musibah bala gangguan atau penyakit, dan yang lebih ringan daripada itu melainkan allah menggugurkan dosanya bagaikan gugurnya daun pohon.

Dangkalnya (cetek) pandangan, sehingga tidak dapat melihat adanya hikmat rahmat kurnia Allah dalam takdir musibah bala itu, hanya kerana lemahnya iman keyakinan, dan tidak adanya husnul zhan terhadap Allah Ta’ala yang Maha Bijaksana dan Pemberi Rahmat.

Imran Bin Husain ra. Menderita penyakit buang air tiga puluh tahun tidak dapat bergerak dari tempat tidurnya, sehingga dibuat lubang dibawah tempat tidur untuk kencing dan buang airnya, pada suatu hari datang saudaranya Al Alaa’ atau Mutharrif bin Asy-syikkhir, lalu menangis melihat penderitaan Imran bin AlHusain, maka ditanya oleh Imran : Mengapa engkau menangis? Jawabnya : Kerana saya melihat keadaanmu. Berkata Imran : Jangan menangis, kerana saya suka apa yang disukai Allah untukku. Kemudian Imran berkata : Saya akan berkata kepadamu semoga bermanfaat bagimu, tetapi jangan engkau buka kepada orang lain, sehingga aku mati. Sesungguhnya, para para Malaikat berziarah kepadaku dan memberi salam kepadaku, sehingga aku berasa senang dengan adanya mereka.

Urwah bin Azzubair ra. Ketika menderita sakit yang diputuskan oleh doktor harus dipotong betisnya, maka ketika akan dilaksanakan oleh doktor diberi ubat tidur supaya tidak terasa sakitnya dipotong betis itu, berkata Urwah : Jangan diberi ubat tidur, tetapi teruskan pembedahan tanpa ubat. Dan ketika digergaji betisnya tidak terdengar keluhan, kecuali ucapan Hasbi (cukup bagiku yakni Rahmat Allah).

Dan setelah selesai pembedahan, beliau menyuruh pembantunya supaya mencuci dan membungkus potongan betisnya itu dan menguburkannya di kuburan kaum muslimin, lalu ia berkata : Allah telah mengetahui bahawa kaki itu tidak pernah saya gunakan untuk berjalan kepada maksiat, lalu ia berkata : Ya Allah, jika Engkau ambil maka banyak sisanya, jika Engkau memberi bala’ masih banyak selamatnya…

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran