Baidatul Hidayah - Menjaga Kemaluan

Maka hendaklah engkau menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharamkan oleh Allah Taala dan hendaklah engkau menjaga dirimu seperti golongan yang disifatkan oleh Allah Taala di dalam firmannya : Maksudnya “ Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela.” Surah Al Mukminun ayat 5-6.

Dan engkau tidak dapat menjaga kemaluanmu kecuali apabila engkau menjaga matamu (dari melihat yang haram) dan menjaga hatimu supaya ia jangan berfikir yang bukan-bukan dan menjaga perut daripada makanan yang syubhat yang berlebihan (dalam makanan yang halal) kerana semuanya itu adalah penggerak bagi syahwat dan merupakan punca bermulanya syahwat.

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran