Dalam satu riwayat dijelaskan bahawa Nabi Adam a.s. berkata: “Sesungguhnya Allah memberikan empat kehormatan kepada umat Muhammad dan empat kehormatan itu tidak diberikan Allah SWT. Kepadaku:
1. Aku telah berbuat dosa, akan tetapi taubatku itu baru diterima oleh Allah SWT ketika aku memohon taubat tersebut di Makkah, sedangkan umat Muhammad berbuat dosa mereka boleh bertaubat di mana sahaja dan taubatnya itu akan diterima.
2. Ketika aku berbuat dosa, aku dalam keadaan berpakaian, begitu sahaja perbuatan maksiat aku lakukan, Allah menjadikan aku telanjang, sedangkan umat Muhammad ada yang melakukan dosa dalam keadaan telanjang, namun Allah tetap memberikan pakaian kepadanya.
3. Ketika aku berbuat dosa, Allah memisahkan aku dengan isteriku, sedangkan umat Muhammad walaupun mereka berbuat dosa, Allah tidak memisahkan mereka dengan isteri-isteri mereka.
4. Aku telah melakukan dosa di syurga, maka Allah menghalauku dari syurga, sedangkan bagi umat Muhammad, mereka berbuat dosa diluar syurga, tetapi Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga jika mereka bertaubat.
Pendaftaran ahli kariah surau SMM
Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.
Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.
Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)