Tafakkur sejenak-Tawa dalam dosa dan tangis dalam taat
“Barangiapa yang berbuat dosa sambil tertawa, maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka dalam keadaan menangis dan barangsiapa yang mengerjakan ketaatan kepada Allah dalam keadaan menangis, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dalam keadaan tertawa.”
Maksud daripada perkataan di atas ialah; orang-orang yang berbuat dosa sambil tertawa, iaitu ia merasa gembira dan bangga dengan dosa yang dikerjakannya, maka sesungguhnya ia akan menerima balasan dari dosa yang dikerjakannya itu dan Allah akan memasukkannya ke dalam neraka dalam keadaan hina dan penuh dengan tangisan. Padahal seharusnya ia bersedih dan memohon ampun kepada Allah SWT, atas segal dosa yang telah dikerjakannya itu. Sebaliknya, bagi orang yang sentiasa taat kepada Allah dan selalu insaf serta menangis ketika melakukan ketaatan itu dan ia juga merasakan bahawa ia telah meremehkan kewajipannya, maka Allah SWT di hari akhirat nanti akan berkata kepadanya: “Masuklah kamu ke dalam syurga dalam keadaan tertawa”, sehingga orang itu bergembira kerana ia telah berhasil mendapatkan sesuatu yang diimpikannya selama ini dan dosa-dosanya pun diampuni oleh Allah.
Pendaftaran ahli kariah surau SMM
Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.
Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.
Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)