Sabar Atas Ketiadaan Itu Terlebih Mudah Dari Menanggung Kurnia

Dan kata setengah hukamah;

Sabar atas ketiadaan itu terlebih mudah daripada menanggung Kurnia.

Keterangan Suluk

Kata berhikmah di atas terbit dari seorang yang menjejaki hakikat fakir. Pada mereka menahan sabar sewaktu tidak memiliki sesuatu terlebih mudah daripada menahan kesabaran sewaktu mendapat sesuatu Kurnia dari Allah.

Biasanya apabila seseorang itu merasa dia memiliki atau mendapat sesuatu tidak mampu untuk menahan kesabarannya daripada memenuhi runtunan nafsu dan sifat-sifat basayariyahnya.
Sabar orang kaya yang berkedudukan tidak semudah sabar miskin yang fakir.

  • Yang kaya mungkin tercabut kefakirannya kerana merasa memiliki sesuatu sedangkan yang miskin akan bertambah berhajat(Fakir) kepada Allah.
  • Yang punya ilmu yang tinggi mungkin tercabut kefakirannya kerana merasa menguasai ilmu-ilmu yang seni dan halus sedangkan yang menjahilkan dirinya akan bertambah berhajat/(Fakir) kepada cahaya petunjuk dari Allah.

Dengan itu sedar-sedarlah ........Bukankah dengan berkedudukan dalam sesuatu hal itu lebih mudah untuk menanggung kesabaran daripada mempertahankan kesabarannya dalam menyimpan ketinggian ilmunya daripada terkalung ke leher unta atau anjing.

Keterangan dan Huraian Selanjutnya oleh Tok Pulau Manis

Maka adalah Haq Taala itu apabila Mengasih akan hambaNya, nescaya dihijabkannya(tidak diberikan) dunia, dan disyughulkannya padaNya, dan diAnugerahi Taufiq dan ikhlas dalam amalnya.

Keterangan Suluk

Bila Allah Kasih pada seseorang hamba, maka akan ditegahkan mereka daripada mendapat dan memiliki dunia dan habuan-habuannya.

  • Tidak diberikan harta-benda atau
  • tidak punya nama dan jarang dipedulikan oleh kebanyakan
  • Tidak diberikan anak dan zuriat,
  • Tidak diberikan keramat-keramat dan pembukaan alam ghaib

Dan apa sahaja bentuk-bentuk keduniaan yang menjadi buruan kebanyakan hambaNya. Sebaliknya orang yang diKasihi Allah ini akan dihadapkan perhatian dan gerak rasa untuk ta'bud kepadaNya sentiasa. Mereka akan dilimpahkan Anugerah;

  • berbimbang dengan pelbagai wirid dan zikir
  • rajin mendirikan amalan-amalan sunat dengan pelbagai taat dan kebajikan
  • dan seterusnya limpah Ikhlas yang menjadikan mereka yang berikhlas dan benar dalam amal taat dan ketaatan mereka.

Berikhlas dan berikhlas sehingga menjejaki hakikat dalam ikhlas itu. Beruntung dan berbahagialah hamba yang mendapat Kasih Sayang Allah yang melimpah ruah itu.

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran