
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda : “Wahai manusia, sesungguhnya dunia ini adalah tempat yang kacau, bukan tempat yang tenang, tempat berduka-cita, bukan tempat bergembira. Kerana itu, barangsiapa yang telah mengetahuinya, nescaya tidak bergembira kerana kesenangan dan tidak bersedih kerana kesusahan. Ingatlah! Sesungguhnya Allah mencipta dunia ini sebagai tempat cubaan, dan akhirat sebagai tempat pembalasan. Allah menjadikan cubaan dunia untuk mendapatkan pahala di akhirat dan pahala akhirat kerana cubaan dunia sebagai gantinya. Maka Allah mengambilnya untuk memberi dan mencuba untuk memberi pahala. Oleh kerana itu, hati-hatilah terhadap manisnya dunia, jangan terpedaya oleh kepahitan kerana bercerai dengannya, dan jauhilah kesenangannya kerana kesenangannya tidak menyenangkan.
Janganlah kamu berjuang untuk meramaikan tempat yang akan Allah SWT hancurkan dan janganlah berhubungan dengannya, kerana Allah Taala berkehendak denganmu supaya menjauhinya. Jika kamu tidak berbuat demikian, maka kamu akan melihat kemurkaan Allah dan kamu berhak untuk mendapatkan seksaannya”. (HR Dailami)