Bulan Penghayatan Islam Surau Al-Hidayah Siri 2


Assalamua’laikum…
Badan Dakwah Dan Pendidikan Surau Al-Hidayah Steelcase Malaysia sekali akan mengadakan Bulan Penghayatan Islam bermula hari ini 11.6.2010 sehingga 10.7.2010.
Tema yang dipilih untuk tahun ini adalah : Membina Akhlak Mulia

Aturcara program :
1. Upacara pembukaan Bulan Penghayatan Islam (BPI2) telah dirasmikan pada malam tadi oleh Tuan Nazir Surau Al-Hidayah Encik Aminuddin Bin Pit disusuli dengan tazkirah ringkas dan solat Maghrib berjamaah.
2. Semarak salam. Mengimarah ucapan salam sesama muslim bagi mengerat hubungan silatur-rahim terutama sesama rakan sekerja.
3. Pengedaran Tazkirah Online - Risalah online ini akan diedarkan pada hari tertentu sepanjang BPI ini.
4. Program rakan surau – AJK dan semua ahli kariah adalah disarankan supaya menjadikan bulan ini untuk mengajak seramai mungkin ahli kariah untuk menunaikan kewajipan solat 5 waktu.
5. Program “Kita Bersaudara”. Ziarah dan bantuan kepada sahabat yang ditimpa musibah.
6. Majlis penutup dan sambutan Israk Mikraj akan diadakan pada hari Sabtu 10.7.2009 jam 9 hingga 12 tengahari. Antara program yang akan diadakan pada hari penutup ialah PertandinganNasyid/Selawat, Pertandingan Membaca Khutbah, Kuiz pandai Jawi dan tazkirah Israk Mikraj.

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran