Hidayah Salikin : Ilmu Yang Bermanfaat
Kata Imam al-Ghazali yang dirahmati Allah Taala di dalam kitab ‘Bidayatul Hidayah’:
“Ilmu yang bermanfaat itu ialah yang menambahkan ketakutanmu terhadap Allah Taala, yang menambahkan penglihatan hatimu pada segala keaiban dirimu, yang menambahkan maarifatmu pada ibadat terhadap Tuhanmu yang Maha Mulia dan Maha Tinggi, yang mengurangkan kegemaranmu terhadap keduniaan, yang menambahkan kegemaranmu terhadap keakhiratan, yang membuka mata hatimu pada perkara-perkara yang merosakkan amalanmu sehingga kamu dapat mengelakkan daripadanya dan yang menambahkan kamu segala tipu daya syaitan dan putar belitnya.”
Pendaftaran ahli kariah surau SMM
Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.
Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.
Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)