
Sempena kedatangan 1432H ini Surau Al-Hidayah telah merancang beberapa program & aktiviti sedia ada dan yang baru bagi memantapkan lagi sahsiah & jatidiri seluruh ahli kariah. Insya-Allah...
Antara aktiviti terbaru adalah :
1. Program 30 Juzuk Al-Quran
Program ini adalah bertujuan untuk menjadi amalan membaca al-Quran sebagai amalan yang berterusan.
2. Hafazan surah-surah terpilih
Untuk kali ini surah yang dipilih oleh Tuan Nazir adalah surah Al-Insan. Ahli kariah yang berminat boleh menghafal surah ini dan satu majlis Tasmi' akan diadakan setelah selesai hafalan.
3. Tahlil & Doa selamat
Semua ahli kariah yang berhajat untuk mengadakan majlis Tahlil arwah & Doa selamat boleh menjemput ahli-ahli surau Al-Hidayah untuk memimpin majlis.
4. Musykil & mohon bantuan
Mana-mana ahli kariah yang memerlukan bantuan dari segi kemusykilan agama dan tunjuk ajar, Surau A-Hidayah akan cuba membantu memberikan khidmat nasihat termasuk mendapatkan pandangan daripada mereka yang berkelayakan dan dari badan-badan terpilih.
Antara program & aktiviti lama yang masih diteruskan ialah:
1. Majlis ilmu bulanan
2. Majlis memperingati hari-hari besar Islam
3. Kelas Qiraati
4. Jualan Amal
5. Jelajah "Masih Ada Yang Sayang"
Diharap semua ahli kariah dan bersama dan menyertai program-program yang telah dirancang.
Terima kasih