Surau - 23.2.2011




















Usrah malam tadi menjurus kepada bab kesempurnaan solat. Alhamdulillah, penyampaian yang mudah namun amat berkesan telah disampaikan baik oleh sdr Jamil Bunasir.

Antara kandungan usrah malam tadi ialah :
1. Syarat-syarat waji solat
2. Syarat-syarat sah solat
3. Rukun solat
4. Sunat hai’ah /ab’adh
5. Perbincangan umum

Usrah diakhiri dengan solat Maghrib berjamaah.

T/kasih

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran