Usrah Al-Hidayah 30.3.2011
Alhamdulillah, usrah malam tadi berjalan dengan baik. Bersama 3 orang pembicara kitab memimpin usrah dengan tenang dan penuh ilmiah.
1. Bermula dengan bicara Ulum Al-Quran, membicarakan ilmu yang mengkaji tentang Al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya disampaikan oleh sdr Murshidi Bin Muhiddin.
2. Kemudian diikuti dengan pembicaraan ilmu fardhu ain tentang taharah,najis, dan darah wanita disampaikan oleh sdr Anuar b Ayub.
3. Diakhiri dengan bicara taubat dari kitab Riyadus Salihin yang disampaikan oleh sdr Mohd Subhri B Mamat.
Majlis diakhiri dengan solat Maghrib berjamaah yang diimami oleh sdr Muhammad Bin Ghazali.
Terima kasih
Pendaftaran ahli kariah surau SMM
Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.
Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.
Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)