
Assalamualaikum,
Badan Dakwah Dan Pendidikan Surau Al-Hidayah Steelcase Malaysia buat kali yang ke tiga akan mengadakan Bulan Penghayatan Islam bermula 3.7.2010 bersamaan 1 Rejab 1432H dan berakhir pada 29.6.2011 bersamaan 27 Rejab 1432H.
Tujuan : Menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri dengan memberi ruang pendidikan dan penambahan ilmu kepada semua ahli kariah dalam menjalani kehidupan dengan berlandaskan A-Quran dan As-Sunnah.
Aturcara dan perancangan program :
1. Program Pemantapan Solat
• Perbincangan teori dan praktikal solat, dalam usaha mencapai solat yang khusyuk dan sempurna. Program ini akan diadakan di surau Al-Hidayah pada setiap hari Selasa & Khamis dari jam 6:15ptg sehingga Maghrib. Peneraju program Mohd Subhri & Noor Azny.
2. Galakan Solat Zohor & Asar berjamaah (Muslimin & Muslimat)
• Masa untuk solat Zohor jam 1:30 dan Asar 4:30ptg
3. Hafalan Hadith 40
• Terbuka kepada semua ahli kariah dan diwajibkan kepada semua AJK. Peserta akan diminta membacakan hadith tersebut selepas waktu solat berjamaah Zohor dan Asar setiap hari.
4. Tasmi’ Surah Hafalan – Surah Sajadah
• Satu majlis tasmi’ untuk peserta hafazan surah Sajadah akan diadakan pada 23.6.2011.
5. Amalan puasa sunat setiap Isnin & Khamis
• Menghidupkan amalan puasa sunat Isnin dan Khamis untuk semua ahli kariah.
6. Majlis penutup dan sambutan Israk Mi’raj akan diadakan pada hari Sabtu 2.7.2011. Masa dan tempat akan diberitahu kemudian.
Semoga segala perancangan mendapat pertolongan dan keredhaan Allah.