Asas Fardhu Ain – Wudhu’


Perkara-perkara yang membatalka wudhu’
Soal : Apakah perkara-perkara yang membatalkan wudhu’?
Jawab : Perkara-perkara yang membatalkan wudhu’ itu lima, iaitu:
1. Keluar sesuatu daripada qubul dan dubur.
2. Hilang akal dengan sebab mabuk, sakit, gila atau pitam dan sebagainya.
3. Tidur dalam keadaan dua punggung tidak tetap.
4. Bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan yang bukan mahramnya dengan tidak berlapik.
5. Menyentuh qubul atau dubur manusia dengan tangan atau perut jari.

Soal : Apa yang dimaksudkan dengan keluar sesuatu dari qubul dan dubur itu?
Jawab : Iaitu apa saja yang keluar dari qubul atau dubur dari orang yang hidup yang berwudhu’ maka batallah wudhu’nya, samada barang yang keluar itu benda biasa seperti kencing dan tahi, atau yang luar biasa (kejarangan) seperti darah, batu, termasuk juga darah bawasir, melainkan yang keluar itu air mani maka itu tidak membatalkan wudhu’ tetapi ia mewajibkan mandi. Adapun orang mati yang telah berwudhu’ jika keluar sesuatu daripada qubul dan duburnya maka wudhu’nya tidak batal.

Soal : Apa yang dimaksudkan dengan tidur dalam keadaan dua punggung tidak tetap itu?
Jawab : Iaitu orang yang berwudhu’ kemudian ia tidur dalam keadaan duduk sedangkan punggungnya bergoyang sepertinya beralih tempat duduknya, maka batal wudhu’nya, atau ia tidur berdiri, atau ia tidur telentang maka batallah wudhu’nya.

Soal : Apa yang dimaksudkan dengan bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan yang bukan mahramnya dengan tidak berlapik itu?
Jawab : Iaitu perbuatan yang sedemikian itu membatalkan wudhu’, maka jika bersentuh selain daripada kulit seperti rambut, gigi dan kuku maka tidak membatalkan wudhu’, dan adapun lelaki dan perempuan itu hendaklah yang telah had syahwat (ada keinginan) pada ghalib dan kebiasaannya, jika bersentuh lelaki dewasa dengan perempuan kecil maka tidalah batal wudhu’, dan disyaratkan lagi bahawa keduanya bukan mahram, iaitu bukan yang haram kahwin antara keduanya, yang haram berkahwin itu ialah kerana sebab keturunan seperti anak, kerana sebab susuan seperti adik susuan dan kerana sebab perkahwinan seperti menantu. Dan syarat ketiga ialah sentuhan itu tidak berlapik.

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran