Meninggalkan Solat Jumaat Tanpa Uzur


Shalat Jum’at termasuk shalat yang wajib dikerjakan secara berjamaah di masjid. Setengah ulama mazhab mengatakan bahawa orang yang meninggalkan shalat Jum’at secara berturut-turut sampai tiga kali, tanpa uzur atau sebab-sebab yang membolehkan meninggalkan jum’at, dihukumkan kafir atau munafik, atau dikunci hatinya oleh Allah s.w.t.
Allah telah berfirman: (yang bermaksud) “Pada hari (kiamat) ketika betis disingkapkan dan mereka dipanggil untuk bersujud, tetapi mereka tiada berdaya, mata mereka tunduk ke bawah diliputi oleh kehinaan, kerana mereka dahulunya telah dipanggil untuk bersujud padahal mereka dalam keadaan sihat dan sejahtera.” (Al-Qalam: 42-43)
Berkata Ka’bul Ahbar: Bahawa ayat ini turun ke atas orang-orang yang suka meninggalkan shalat berjamaah, dan shalat jum’at adalah salah satu shalat disyaratkan mesti berjamaah.
Berkata Said bin Musaiyib, iaitu imam para tabi’in rahimahullahu-ta’ala: Meraka itu sentiasa mendengar Haiya ‘alash-Shalah Haiya ‘alal-Falah, tetapi mereka tidak mahu menyahut seruan itu untuk datang bershalat, padahal mereka itu sihat dan segar bugar.
Jelaslah seruan ini ditujukan kepada orang yang tidak mengerjakan shalat jum’at, sebab mengerjakan shalat jum’at itu wajib dibuat pada waktu yang tertentu dan tempat yang tertentu, bukan boleh ditangguh-tangguhkan dari waktunya. Jadi apabila dengar seruan azan Jum’at, hendaklah datang beramai-ramai ke masjid untuk menunaikan shalat itu. Tinggalkan segala pekerjaan dan perniagaan dan apa saja yang berkaitan dengan urusan, kecuali ada uzur saja.
Allah berfirman (yang bermaksud) : “Hai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk shalat pada hari jum’at, maka segeralah kamu datang untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah jual-beli!” (Al-Jumu’ah : 9)
Nabi s.a.w. bersabda lagi: “Barangsiapa yang meninggalkan tiga shalat jum’at dengan cara meremehkannya, maka Allah akan mengunci pada hatinya.” (Riwayat Abu Daud dan Nasa’i)
Sabda Nabi s.a.w. lagi: “Barangsiapa yang meninggalkan shalat jum’at tanpa ada halangan atau dharurat, maka dia akan dicatit sebagai orang munafik dalam catitan yang tidak boleh dihapus atau diubah.” (Riwayat Thabarani)
Imam Abu Daud di dalam Sunannya dengan sanadnya kepada Ibnu Abbas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Barangsiapa yang mendengar seruan azan dan dia tiada berhalangan untuk mendatanginya... Lalu Nabi ditanya orang: Apakah halangannya hai Rasulullah! Nabi menjawab: Kerana ada halangan takut, atau sakit, maka tiada akan diterima shalat yang dikerjakannya itu.
Marilah kita memohon taufiq kepada Allah ta’ala supaya Dia memimpin kita ke jalan yang disukai dan diridhaiNya, sesungguhnya Dia Maha Pemurah lagi Mulia!

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran