Profil Hasan Al Basri


• Nama penuh beliau ialah al-Hasan Bin Yasar.
• Dilahirkan di Madinah sekitar tahun 30 hijrah.
• Beliau merupakan hamba lelaki yang telah dimerdekakan, milik seorang sahabat yang bernama Zaid bin Thabit r.a.
• Ibu beliau bernama Khairah, hamba perempuan yang telah dimerdekakan, milik Ummu Salammah, isteri Nabi s.a.w.
• Berpeluang menyusu dgn Ummu Salammah.
• Beliau pernah berguru dengan Uthman bin Affan, Abdullah bin Abbas, Ali bin Abu Talib, Abu Musa al-Ash’ari, Anas bin Malik, Jabir bin Abdullah dan Abdullah bin Umar.
• Al-Hasan meninggal dunia pada tahun 110 Hijrah.

Antara Bicara Hikmah beliau:
“Sesungguhnya perumpamaan di antara dunia dan akhirat adalah seperti timur dan barat. Apabila kamu semakin hampir kepada salah satunya bererti kamu semakin jauh dari yang satu lagi”. Solusi

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran