Kecelakaan Iblis Dan Kebahagiaan Adam


Muhammad bin Ad-Dauri berkata:
“Iblis celaka kerana lima perkara, iaitu tidak mengakui dosa, tidak mencaci dirinya sendiri, tidak berazam untuk bertaubat, berputus asa dari rahmat Allah. Sedangkan Nabi Adam memperoleh bahagia kerana lima perkara, iaitu mengakui dosa, merasa sedih atas dosa yang dilakukannya, mencaci dirinya sendiri, segera bertaubat dan tidak berputus asa dari rahmat Allah SWT.”

Maksud dari kata-kata Muhammad bin Ad-Dauri di atas, Iblis mendapat celaka di keranakan oleh lima perkara iaitu:
a. Tidak mahu mengakui dirinya telah melakukan dosa.
b. Tidak pernah merasa sedih atas perbuatan dosa yang telah dilakukannya.
c. Tidak pernah mencaci dirinya sendiri atas perbuatan dosa yang ia lakukan itu.
d. Tidak mempunyai ‘azam atau berniat untuk bertaubat dari dosanya.
e. Berputus asa dari rahmat Allah.

Berbeza dengan Adam, walaupun ia pernah berbuat dosa, akan tetapi ia masih tetap menemukan kebahagiaan di keranakan lima perkara iaitu:
a. Mengakui atas perbuatan dosa yang dilakukannya dengan selalu berdoa: “Tuhan kami, sesungguhnya kami telah berbuat zalim kepada diri kami sendiri, jika Engkau tidak mengampuni dan tidak memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk ke dalam golongan orang-orang yang rugi.”
Dari Aisyah sesungguhnya Rasulullah SAW. Bersabda: “Sesungguhnya seorang hambayang mengakui dosanya, lalu ia bertaubat, nescaya Allah menerima taubatnya.” (HR. Bukhari & Muslim)
b. Merasa sedih atas perbuatan dosa yang telah ia lakukan. Dalam perkara ini Abdullah bin Mas’ud r.a. mengatakan bahawa Rasulullah SAW. Bersabda: “Barangsiapa yang berbuat suatu kesalahan atau berbuat dosa, selepas itu ia merasa sedih, maka yang demikian itu menjadi kifarat kepadanya.” (HR. Bauhaqi)
c. Ia mencaci dirinya sendiri atas perbuatan dosa yang dilakukannya.
d. Dengan segera ia melakukan taubat, dengan cara mengerjakan segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dilarang.
e. Dia tidak pernah berputus asa dari rahmat Allah.

Tingkatan Makrifat: Ibn Hajar Al-Asqalami

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran