Soal Jawab Agama - Tukang Masak Bukan Islam
Soalan : Apakah hukum makanan yang halal tetapi dimasak oleh orang cina (bukan Islam)?
Jawapan : Makanan yang halal yang dimasak oleh orang cina (bukan Islam) sekiranya di yakini kesuciannya, adalah halal. Jika peralatan memasak makanan yang bernajis dan diyakini penggunaannya, hukumnya adalah haram. Walau bagaimanapun sebagai seorang Islam digalakan meninggalkan makanan yang diragukan sebagaimana sabda Rasullullah: "Tinggalkanlah apa yang kamu ragu-ragu kepada yang tiada keraguan"
Jabatan Mufti Negeri Selangor
Pendaftaran ahli kariah surau SMM
Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.
Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.
Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)