Soal Jawab Agama - Jumpa Duit


Soalan : Jika terjumpa wang/barang berharga di jalanraya atau di tempat awam, adakah ianya boleh digunakan?
Jawapan : Wang/barang tersebut boleh digunakan dengan syarat hendaklah diisytiharkan terlebih dahulu di tempat awam dalam tempoh satu tahun dengan tujuan mencari pemiliknya. Dalam hal ini, wang/barang berharga yang dijumpai tercicir di jalanan dinamakan barang . Jika pemiliknya tidak dijumpai maka wang tersebut boleh digunakan dengan niat kalau ada pemiliknya yang menuntut orang yang menggunakan sedia menggantinya. Ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W :Maksudnya : “(Serahkan barang tercicir kepada pemiliknya) kalau ia datang menuntut, kalau tidak ada yang menuntut, barang itu menjadi amanah di tangan engkau".(Riwayat Bukhari)
Jabatan Mufti Negeri Selangor

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran