Suami Isteri Harus Sabar


Seorang suami harus berlaku sabar terhadap isterinya jika ada sesuatu dari pelayanan isteri yang kurang menyenangkan, sedang dia telah mengetahui kelemahan isterinya sebagai seorang perempuan dimana dia sebagai manusia biasa tidak luput dari kekurangan. Sedang dibalik kesalahan dan kekurangan itu isteri juga mempunyai kebaikan-kebaikan dan kelebihan-kelebihan.
Didalam satu hadith, Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Seorang mukmin (suami) tidak boleh membenci mukminah (isteri), jika ia tidak menyukai lantaran sesuatu perangainya, maka ia akan senang pada perangainya yang lain.” HR Muslim.
Dan firman Allah ertinya: “Dan pergaulilah isterimu dengan cara yang baik maka jika kamu tidak menyukainya barangkali sesuatu yang kamu tidak sukai itu justeru Allah akan menjadikan padanya kebaikan yang sangat banyak. (An Nisa; : 19).
Sebagaimana suami disuruh sabar terhadap sesuatu yang tidak disukainya dari isterinya, maka begitu juga seorang isteri diperintah supaya memberi kesenangan kepada suaminya semampu mungkin, dan jangan sampai seorang isteri tidur malam sedang suaminya dalam keadaan marah. Dalam sebuah hadith Nabi saw. Ertinya: “Ada tiga orang yang sembahyangnya tidak dapat melebihi kepalanya walaupun hanya sejengkal iaitu seorang lelaki yang menjadi imam pada suatu kaum sedang kaum itu tidak suka, 2)Seorang perempuan yang tidur malam sedang suaminya murka kepadanya, 3)Dua saudara yang saling bermusuhan.” (HR Ibnu Majah dan Ibnu Majah) Syeikh Muhammad Yusuf El Qardlawi

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran