Ketakutan Nabi sewaktu berlaku ribut...

Telah berkata Aishah r.a., apabila angin ribut yang membawa awan hitam bertiup, wajah Nabi s.a.w. kelihatan pucat kerana takutkan Allah. Baginda keluar masuk dalam keadaan gelisah sambil membaca doa berikut:

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada di dalamnya dan kebaikan yang Engkau kirim dengannya. Dan aku berlindung dengan Engkau kejahatan angin ini dan kejahatan yang ada di dalamnya da kejahatan yang Engkau kirim dengannya.”

Kata Aishah lagi: “Apabila hujan mulai turun, terbayang tanda-tanda kesukaan di wajah Nabi. Aku telah bertanya kepadanya: “Ya Rasulullah, apabila kelihatan awan hitam semua orang bersuka ria kerana yang demikian menandakan hujan akan turun tetapi mengapa aku melihat engkau merasa cemas?” Baginda menjawab: “Ya Aishah, bagaimana aku dapat menentukan bahawa angin yang bakal datang itu tidak menandakan kemurkaan Allah? Kaum A’ad telah dihapuskan oleh angin. Mereka berasa gembira melihat awan-awan hitam. Tetapi bukanlah hujan yang dibawanya bahkan pembinasaan mereka sendiri.”

“Maka tatkala mereka melihat (ancaman) itu sebagai awan menghadap ke lembah-lembah mereka, mereka berkata. “Ini awan yang akan menurunkan hujan atas kita.” Bukan! Bahkan ialah ancaman yang kamu minta disegerakan iaitu angin yang di dalamnya azab yang pedih – yang membinasakan tiap-tiap sesuatu dengan perintah Tuhannya, sehingga jadilah mereka tidak kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikianlah kami balas kaum yang menderhaka.”

Allah telah berjanji melalui sepotong ayat dalam surah al-Anfal yang Dia tidak akan mengazab manusia selagi Nabi ada bersama-sama mereka. Dalam pada itupun, setiap kali angin kencang bertiup, ia berasa takut – Nabi sebaik-baik insan berasa takut. Bandingkan pula perasaannya dengan perasaan kita kilat memancar dan banjir berlaku. Yang takut hanya segelintir sahaja. Merekalah yang mengucap Istighfar. Yang lain sibuk dengan keseronokan hidup masing-masing.

Kitab Fadhail  

Pendaftaran ahli kariah surau SMM

Pendaftaran ahli kariah surau SMM telah bermula pada tarikh 24.4.2009.

Tujuan pendaftaran ini bagi membuat bancian secara terperinci mengenai jumlah sebenar ahli kariah dan sebagai salam perkenalan bagi usaha untuk mengeratkan silaturahim seterusnya untuk menunaikan hak persaudaraan sesama Islam seperti mana yang dituntut oleh syarak.

Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara: Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)

Click Borang Pendaftaran